Thursday, December 22, 2011
Harga emas perak jatuh!
Ha, apa lagi yang kita tunggu? Inilah sebenarnya waktu yang paling sesuai untuk membeli dan menambah koleksi emas perak! Bagi kaki rempit, memang tak sah kalau anda tak melepaskan peluang ni. Manakan tidak, kalau harga belian sekarang cuma RM187/gram modal anda untuk bermula dengan 10g tak sampai pun RM2000. Kadar marhun di arrahnu dalam tempoh 6 bulan kemudian confirm akan melonjak ke paras tertinggi yang baru dalam tahun 2012 yang akan datang. Tak payah tunggu sampai hujung tahun pun dah boleh cover upah simpan, di samping anda akan dapat baki duit (kalau pajak tak tebuslah!).
Bagi peminat perak, berita baik untuk anda. Selagi harga perak masih di bawah USD30/auns anda berpeluang untuk mendapatkan harga seauns* perak pada harga semurah RM130 seauns berbanding 3-4 bulan lepas iaitu RM160 seauns! Nantikan jualan saya di laman JUALAN :)
*1auns atau 1oz di sini bermaksud troy ounce iaitu bersamaan dengan 31.1gram.
Wednesday, September 21, 2011
Hutang Negara US
Sila hayati turutan gambar di bawah dan fikirkan apa kesan jika hutang US ini berlarutan.
Ini USD 100.
USD 10,000 - Lebih kurang purata setahun per kapita penduduk dunia..
USD 1juta - Jumlah pendapatan purata per kapita penduduk dunia selama 92 tahun..
Ini USD 100juta
..dan ini USD 1bilion.
Ini USD 1trilion..Perhatikan bandingan terhadap lori kontena, padang futbol & Boeing 747-400 yang merupakan pesawat terbesar di dunia.
Bila pemerintah USA bercakap tentang defisit USD 1.7trilion, lebih kurang beginilah jumlah tunai yang telah dipinjam oleh pemerintah US untuk menampung kos pentadbirannya pada 2010.
* Jika anda belanjakan USD 1juta sehari sejak tahun Masihi (tahun 1 ye, bukan tahun 1900!), sampai ke hari ini pun jumlah perbelanjaan anda belum mencecah USD 1trilion. Hanya USD 700bilion lebih sahaja. Inilah jumlah yang sama bank2 Amerika dapat sewaktu pakej bailout yang telah diluluskan oleh Senat US.
USD 15trilion!
Jika pemerintah USA tidak menyelaraskan bajet mereka, hutang negara US akan melepasi paras USD 15trilion menjelang Krismas 2011.
* Terkini hutang USA telah melebihi 20% dari jumlah KDNK seluruh dunia. Pada 2011 hutang kebangsaan akan melebihi 100% GDP dan nisbah KDNK:GDP melebihi 100% akan menyamai negara PIIGS (negara bankrup) di Kesatuan Eropah (EU).
USD 114.5trilion!! - Liabiliti tanpa pembiayaan oleh US (US Unfunded Liability)
*Bahagian asas adalah setengah trilion, bukan 1 trilion seperti di imej 15 trilion. Ini hanya bagi memperlihatkan bahagian asas bangunan Empire State & WTC lebih jelas.
Ya, yang tinggi itu USD 114.5trilion! Itulah jumlah wang yang pemerintah US tahu mereka tidak punyai untuk membiayai sistem kesihatan awam, bekalan ubatan awam, jaminan sosial (seperti KWSP), tentera, dan pencen perkhidmatan awam. Ia adalah jumlah wang yang US tahu ia tidak akan perlu bayar.
Mahu menetap di USA? Fikir semula. Jika anda tinggal di sana, hutang di atas adalah termasuk hutang kad kredit anda. Anda bersama yang lain bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang ini. Adalah amat tidak wajar bagi kerajaan yang dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat melakukan perkara sebegini terhadap mereka.
Tuesday, August 2, 2011
Ekonomi US Bakal Tenat
Wednesday, June 1, 2011
Hentikan Rempit Arrahnu!
Update ringkas dari Incek Pye setelah sekian lama tak update blog ini. Berdasarkan tajuk posting, Incek Pye dengan ini ingin menarik balik posting berkenaan teknik manipulasi emas dengan menggunakan Ar-Rahnu. Ini kerana teknik 'rempit' di Ar-Rahnu sudah tidak praktikal lagi memandangkan terlalu banyak aktiviti belian 70-30 dari beberapa syarikat persendirian telah memaksa pihak2 bank menghentikan Ar-Rahnu emas jongkong/syiling berkuatkuasa serta-merta pada pertengahan bulan Mei 2011 baru2 ini.
Walaupun emas perhiasan masih boleh dibuat Ar-Rahnu, namun Incek Pye tidak yakin keberterusannya pada masa akan datang kerana bank2 berpotensi gulung tikar jika keadaan yang sama berlaku seperti semasa pajakan emas jongkong/syiling dibolehkan pada sebelum ini.
Apapun Incek Pye berharap para pemilik/pelabur emas tidak gusar terhadap perkara tersebut kerana kekayaan kalian tidak lesap jika ketul2 emas berada di dalam tangan kalian. Sebaliknya berusahalah untuk menebus emas2 yang berada di bank selagi termampu kerana harta terletak pada sesuatu yang nyata dan boleh dipegang, bukannya nombor2 di atas wang kertas atau di buku akaun.
Sunday, April 3, 2011
Kisah Duit Kertas
http://emas-incek-pye.blogspot.com/2011/02/sedarkah-anda-telah-dirompak.html
Faktor Utama Libya Diserang : Emas
Publication time: 22 March 2011, 16:14
The present World Economic Crisis has forced a number of governments to consider introduction of an interstate gold currency, writes a minor Russian oligarch Sterligov on his blog.
Since gold yuan coinage was announced by China, talks about the gold standard had been brought up in the Middle East. The main initiator of non-payment in dollars and euros is the Leader and Guide of the Revolution in Libya, Colonel Muammar Gaddafi. He called on Arab and African world to adopt a single current - the gold dinar.
On this financial basis, Colonel Gaddafi offered to create a single African state with Arab and Black African population numbering 200 million people.
The idea of creating a single gold currency and uniting the countries of Africa into one powerful federal system has been actively supported during the last year by a number of Arabic and almost all African states. Democracy-infested South Africa and the Arab League opposed to the idea.
The US and the EU reacted very negatively to such a initiative. According to a French Zio "president" Sarkozy, "the Libyans have set on the financial security of mankind." Repeated calls by the Leader of the Libyan Revolution yields some results: Gaddafi has made more and more steps aimed at creating a United Africa.
Two false arguments have been invented to cover up the true reason for the present Zio-Christian Crusade against Libya: officially - "to defend human rights" and unofficially - an attempt to steal oil from the Libyan people. Both of these arguments do not hold up to scrutiny.
The truth is that Colonel Muammar Gaddafi decided to repeat the attempts by French General de Gaulle to abandon the use of U.S. junk paper money called "dollars" and return to gold, i.e. he attempts to attack the chief power of modern parasitic Zio Democracy - the banking system.
Department of Monitorng
Kavkaz Center
*credit to Abi Khuzai for the above excerpt
Saturday, March 5, 2011
Manipulasi Emas Menggunakan Teknik Ar-Rahnu
semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya
Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil biasanya >100g)
kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali).
Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.
Saturday, February 12, 2011
Renungan: Sistem e-Dinar
Ini adalah pesanan dari Seri Paduka Panji Hitam:
Berkenaan sistem e-dinar yang sedang dibangunkan...
Komen di bawah,
telah direkodkan ke www.dinar-emas.com
Assalamualaikum saudara semua...
Sekiranya kertas kerja anda berkenaan e-dinar di masa akan datang beroleh keberhasilannya,
ini pesanan penting kami,
jangan sesekali mentauliahkan mana-mana bank pun di Malaysia untuk menguruskannya walaupun Bank Islam sekali pun.
Bina 1 badan bebas yang asing yang berbeza dari sistem Bank yang sedia ada tetapi masih berada di dalam piawaian Bank Pusat Malaysia.Saya mengatakan begini kerana sistem digital yang bakal anda bangunkan,
kelak akan berakhir dengan kepupusan kerana Nabi Muhammad pernah pesan,
===================================
Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan,
bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai,
dan boleh digunakan oleh umat manusia.
Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"
Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal.
===================================
Benda & jasad yang di"maya"kan adalah tidak bernilai.
Kami meletakkan sistem kewangan kepada 3 fasa utama sebelum kedatangan Al-Masih Mahdi.
Fasa 1: sistem duit kertas hari ini (sedang diambang kepupusan)
Fasa 2: sistem duit kertas pupus & sistem duit digital mengambil alih
Fasa 3: sistem duit logam kembali dipakai (Dinar & Dirham)
Nota:Kita sekarang berada di Fasa 1 sempadan terakhir sistem duit kertas,
anda boleh melihat pembuktiannya apabila setiap bulan nilai USD semakin jatuh tanpa dapat dihentikan lagi.
Sedangkan kerajaan Malaysia mengaburi rakyat kononnya,
Ringgit Malayisa bertambah kukuh berbanding Dolar Amerika,
ini salah ye...
Kita sedang menuju ke pintu Fasa 2: sistem duit digital,
anda boleh melihat bayang-bayangnya dengan kehadiran Visa, Master Card, Paypal, e-bay, Touch & Go,
dan teknologi terbaru sistem SMS (sms pun boleh bayar duit),
buktinya ???
(setiap minggu anda akan hantar RM1.00 kepada facebook di Israel)
dan tanpa kami sangka,
anda di MMU mengena tempias sistem duit digital ini,
dengan memasang impian untuk menjadikan sistem duit digital e-dinar menjadi realiti,
sedangkan ini tidak diajar oleh Nabi Muhammad,
untuk membuktikannya,
maka Fasa: 3 iaitu penggunaan bulat-bulat syiling Dirham & syiling Dinar itulah yang disarankan oleh Nabi Muhammad akan menggantikan sistem duit kertas & sistem duit digital yang sedang gagal pada zaman kita bernafas ini...
Kerana itulah,
dengan izin Allah,
Hadis Sahih ini diabadikan untuk dibaca oleh umat akhir zaman iaitu kita yang bijak-bijak yang sama bijak dengan Umat Nabi Sulaiman ini supaya kita dapat beringat & berfikir,
kenapa hadis di bawah ni diabadikan untuk renungan umat Muhammad di akhir zaman ye ?.
===================================
Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan,
bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai,
dan boleh digunakan oleh umat manusia.
Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"
Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal.
===================================
Tasik galilee di Palestin sedang mengering mengikut Sunnatullah (hukum alam)
iaitu ekosistem alam sekitar & dalam masa tak sampai 40 tahun sahaja lagi tasik air tawar ini akan kering dengan "genap",
kekeringan tasik Galilee yang pernah disebut sendiri oleh Nabi Muhammad & pernah juga disebut oleh Al-Masih Dajjal 1400 tahun dahulu
adalah tips penting pendedahan besar iaitu dengan keringnya Tasik Air Tawar di Bukit Golan itu,
maka Al-Masih Dajjal akan mezahirkan jasad fizikalnya,
dan ketika itu barulah misi Al-Masih Mahdi menuju ke arah barat dari arah timur akan bermula,
tahukah anda baginda di tengah-tengah kita sekarang ?
Apa kaitanya pulak ye dengan sistem e-dinar ???
Kaitannya ialah sekiranya ditakdirkan sistem e-dinar ini berjaya dilaksanakan
& kekal pula digunakan sebagai sistem pembayaran,
apakah anda fikir Al-Masih Isa & Al-Masih Mahdi sendiri akan meredhoi sistem ini yang anda berhempas pulas usahakan itu ?
Sudah pasti hati yang bersih akan mengenalpasti sistem ni masih mempunyai bayang-bayang sistem elektronik Yahudi
yang sedang berpusat ke Tel Aviv kesan dari sistem Dajjal yang sekarang ini kuat dipengaruhi oleh Zionis kan?
Teori mengatakan emas akan kering sekiranya ingin menjadikan emas sebagai syiling supaya dimiliki oleh semua manusia di dunia adalah 1 teori yang amat salah lagi jelek.
Teori ini diwujudkan supaya umat manusia tak menjadikan emas sebagai logam matawang.
Terkadang sedih kami melihat orang yang kononnya memperjuangkan penggunaan logam emas sebagai matawang,
tapi percaya pulak yang emas kononnya bakal habis kalau benar2 diterokai,
hello kawan2...
sampai hati ye kawan2 melukakan perasaan ALLAH ?
bumi ini kaya dengan emas tinggal lagi anda tak mencarinya betul2...
sedangkan Allah pula Maha Kaya lagi Maha Kurnia...
bahaya Oooo sesiapa claim yang emas akan habis digunakan kalau dijadikan syiling matawang untuk digunakan penduduk dunia yang berbillion2 ni ???
tak mungkin...
Kun faya kun....
kalau Allah nak jadikan pasir di tepi pantai menjadi emas dengan hanya berkat kalimah Al-Fatihah aje,
maka jadiklah emas dari pasir pantai,
kalau didatangkan 700 lori pasir untuk angkut pasir tepi pantai yang sebenarnya telah berubah jadi emas,
maka kalau Allah buktikan depan mata manusia & jin ianya takkan habis macamana ???
keimanan anda bermain di sini...
ini belum saya ceritakan bagaimana kunyit kat dapur itu,
anda boleh tukarkannya menjadi emas dengan kalimah suci ayat Al-Quran !!!
Untuk pengetahuan semua...
Isi perut bumi adalah menjadi rahsia Allah tentang bilangannya,
termasuklah gas & petroleum.
Apakan lagi yang bakal digunakan isi2 dunia ini oleh manusia hatta jin sekalipun.
Kalau benarlah emas akan habis dicedok dari bumi akibat ingin membuat syiling untuk penduduk bumi pakai,
nampaknya tak perlulah Nabi Muhammad melepaskan kata-kata berikut:
===================================
Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan,
bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai,
dan boleh digunakan oleh umat manusia.
Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"
Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal.
===================================
Usaha pihak anda di Universiti untuk mencipta sistem e-dinar sangat digalakkan.
Tapi sayang ianya 1 sistem yang tak kekal rupanya.
Kami amat menyokong usaha suci anda,
tapi kami yakin sekiranya anda seorang yang faham dengan arif kata2 Nabi Muhammad ini,
sudah tentu kita sebagai manusia yang sedang berada di "future" lagi moden ini,
amat paham,
bahawa...
hanya emas & perak dalam bentuk "fizikal" sahaja,
dibenarkan dijadikan matawang untuk urusan jual beli,
bukan sistem duit kertas dan sistem duit digital dijadikan matawang untuk urusan jual beli.
dan akhir sekali...
sistem maya (tidak boleh dijadikan alat) untuk urusniaga.
Sekiranya anda seorang yang benar2 "Islam",
sudah pasti anda faham,
Nabi Muhammad hanya meredhoi "barangan komoditi" untuk dijadikan matawang:
komoditi tersebut ialah:
- emas
- perak
- kurma
- bijirin
-dan (cari sendiri...)
Sungguhpun sistem e-dinar disokong di sebalik tabir dengan emas fizikal di dalam bank,
adakah bank tersebut benar2 tidak amalkan debu2 riba ?
walaupun kononnya bank itu adalah Bank yang mempunyai ciri2 syariah ?
Jawapannya ialah,
emas dan perak di planet bumi ini,
adalah cukup untuk dijadikan syiling matawang,
ini adalah jaminan Allah kerana bukankah Allah itu Maha Kaya...?
untuk memudahkan anda faham,
takkan lah pulak anda nak beli 1 bijik telor ayam pun kena pakai Dinar kan ???
sudah tentulah penggunaan syiling Dirham akan mengambil alih...
Dinar = transaksi jual beli yang besar2 (beli kuda, bayar upah gaji, dll lagi)
Dirham = transaksi jual beli yang kecik2 aje (macam beli epal, sayur, ikan, dll lagi)
Kami tidak memaksa anda percaya cakap kami,
kalau pun sistem e-dinar ini berjaya dilaksanakan,
apakah anda yakin 2 pemimpin akhir zaman itu akan meredhoinya ?
Semoga misi anda semuanya berjaya.
Harta dalam bentuk maya adalah bukan harta sebenar.
Harta sebenar adalah bersifat fizik dan boleh disentuh.
Sedangkan sistem digital memerlukan tenaga elektrik,
tetapi elektrik kian beransur2 hilang akibat fenomena angkasa,
Dalam banyak rekod2 hadis sahih,
tidak ada 1 rekod pun mencatatkan,
yang manusia akhir zaman berperang dengan gaya yang luar biasa.
Bukankah hampir semua teknologi hari ini hatta senjata pun memerlukan elektrik...?
Elektrik sedang memupuskan dirinya...
Samalah halnya dengan kewafatan ulamak2 dunia yang kita sayangi...
ulamak 1 per 1 meninggalkan kita semua sebagai salah 1 tanda2 akhir zaman,
banyak pemimpin hari ini dilantik jadi pemimpin tapi bukan dalam bidangnya,
begitu jugaklah elektrik....
dan begitu jugaklah sistem duit kertas & sistem duit digital (yang juga bakal pupus),
dan matawang yang kembali kekal di akhir zaman hanyalah perak & emas,
yang dibentukkan menjadi syiling yang anda semua hari inimenamakannya sebagai Dinar & Dirham.
Islam akan kembali menjadi asing,
seperti asingnya Islam masa mula2 Nabi Muhammad menyebarkannya
di tengah2 jutawan Arab yang bergaya di tengah2 tamadun Arab di Mekah,
begitulah halnya matawang Islam hari ini,
penggunaan Dinar & Dirham telah nampak asing di mata penduduk dunia,
sedangkan tahukah anda,
itulah matawang umat manusia,
di mana-mana tamadun pun...
Dan tamadun Melayu yang kehilangan pyramid besarnya di bawah Lautan Cina Selatan,
adalah Melayu ini antara bangsa2 di dunia,
yang mempunyai rakyat yang suka berdagang menggunakan emas,
kerana itulah Semenanjung tanah Melayu dikenali dunia dengan pelbagai nama:
- The Golden Chersones
- Survanabumi
- Semenanjung Emas
- Seri Berjaya (Srivijaya)
- Zabaj
Anda mahu teruskan misi e-dinar...
Tahinah...
Bagus sebenarnya tapi tu lah...
bacalah balik statement kat atas ni ye...
===================
Long Live Mahdi & Isa...
Black Flag From the East
.===================
"Fellowship of the rings" (bergabungnya bangsa barat dengan bangsa Melayu)
"The Two Towers" (the 2nd twin tower will be here in KLCC)
"The Return Of The King" (when Mahdi comes, guided by Isa alaihisalam)
--->The Lord of The Rings<---
www.dinar-emas.com/vatican.html
Yang Ikhlas,
Seri Paduka Tengku A.S.
Wassalam.
Wednesday, February 9, 2011
Sedarkah anda telah dirompak?
Inilah fakta yang tidak dapat disangkal kebenarannya. Keadaan ini adalah kerana berlakunya inflasi. Secara asasnya, inflasi adalah suatu proses peningkatan harga barang, jualan atau perkhidmatan secara umum dan terus-menerus di pasaran yang disebabkan oleh berbagai faktor. Apabila inflasi berlaku, kuasa membeli pada RM yang kita ada akan menjadi semakin hari semakin mengecil dan berkurang. Inilah dia rompakan telah berlaku ke atas anda tanpa anda sedari.
Contoh mudah: katakanlah atuk anda membeli sejumlah ternakan kambing 10 ekor berjumlah RM1,000 pada zaman mudanya. Adakah anda boleh membeli bilangan tersebut pada harga itu zaman kini? TIDAK. Paling banyak anda boleh dapat mungkin dalam 3 ekor. Kuasa membeli pada harga RM1,000 telah berkurang. Analoginya jika perkara ini berlaku pada zaman si atuk, bermakna kambing anda telah dirompak sebanyak 7 ekor!
Sesungguhnya kenaikan harga barang atau perkhidmatan bukanlah sesuatu yang berlaku atas sebab taraf hidup kita semua semakin meningkat tetapi ianya adalah inflasi yang telah berlarutan sejak beberapa dekad yang lepas. Dan inflasi akan terus berlaku seperti biasa dari semasa ke semasa. Cuma bezanya, ianya berlaku dengan semakin pantas dan menyeluruh pada masa kini dan akan berganda dengan lebih cepat pada masa hadapan.
Keadaan inflasi ini sedikit sebanyak menjelaskan penggunaan matawang yang digunapakai pada zaman ini menjerut rakyat di semua negara di dunia. Apa tidaknya, golongan makan gaji bekerja siang malam untuk menyara keluarga demi mendapatkan duit yang pada tempoh jangka panjang tidak setanding pun dengan keringat yang dicurahkan. Tambahan pula jika dibebani dengan hutang bank dan lain-lain, hidup bagaikan bekerja untuk membayar hutang sahaja. Jangan dilupakan, kerana banklah ramai yang muflis.
Sebut tentang bank, Incek Pye ingin berkongsi cerita tentang seorang rakan ini. Beliau mempunyai akaun online banking di mana baki duit dalam akaun tersebut boleh tahan banyak jumlahnya. Nak dijadikan cerita, suatu hari beliau terpedaya dengan email phishing (web tipu yang mirip dengan online banking tu). Semuanya berlaku tak sampai sejam, sejumlah angka telah dipindah keluar ke satu akaun lain bank itu sebaik selepas beliau menghantar butiran 'update bank information'. Walaupun beliau menerima sms transfer fund dan telah menghubungi talian pengesahan, namun operator bank tersebut menyatakan pihak bank tidak mampu berbuat apa2. Bukankah ini seperti rompakan kali kedua? Apakah jaminan pihak bank atau pihak berkuasa yang duitnya akan dikembalikan kalaupun penjenayah itu berjaya diberkas?
Incek Pye bukan mahu mencari kelemahan institusi bank tetapi haruslah kita selalu beringat kerana banklah tercetusnya penyebaran konsep wang kertas dan elektronik. Tidak perlu dihuraikan sejarah perbankan di sini kerana Incek Pye tahu ramai yang menyedari penipuan disebalik penggunaan matawang kertas yang telah merompak hasil keringat seluruh manusia melalui pinjaman2 yang tidak bersandarkan kepada apa2 yang bernilai pun!
Diharapkan para pembaca menyedari apa yang ingin disampaikan di sini. Apa yang Incek Pye coretkan hanyalah sebahagian dari kesedaran yang dimiliki. Terpulang pada kalian untuk explore lebih jauh apakah benar tulisan di sini. Sekian.
Thursday, February 3, 2011
Salam Emas~
Thanks kerana sudi singgah di blog Incek Pye ni. Kesemua yang diblogkan di sini adalah lebih kepada tawaran berkaitan emas dan mungkin perak buat sedikit masa lagi.
Berdasarkan kesedaran untuk menyimpan demi masa depan, Incek Pye telah mencari2 pelbagai alternatif selain simpanan duit seperti biasa di bank dan ASB. Tidak dinafikan Incek Pye pernah melibatkan diri dalam unit trust, forex, malah pelaburan high profit yang berakhir dengan diserbu pihak Bank Negara. Setelah melihat dalam jangka masa long term, disokong dengan Hadis serta beberapa pendapat rakan2, Incek Pye tersedar bahawa emas adalah pelaburan yang terbaik.
Kelebihan emas yang ketara sekali ialah kalis inflasi, di mana jika berlaku keadaan huru-hara di bumi ini, emas masih mengekalkan nilainya yang intrinsik. Lebih2 lagi penggunaan duit kertas yang kita pakai selama ini akan mudah berakhir jika kerajaan yang menjamin nilainya jatuh, seperti yang berlaku semasa zaman penjajahan Jepun di tanahair kita. Penggunaan duit pisang menyebabkan matawang penduduk tempatan tidak laku lagi. Bahkan selepas Jepun berundur, duit pisang tersebut juga tiada lagi nilainya kerana bertukar kepada matawang yang lain.
Oleh itu, Incek Pye harap kalian yang singgah di blog ini sedar akan hakikat ini selain mencari peluang mempelbagaikan emas sebagai simpanan. Sekian.