Saturday, March 5, 2011

Manipulasi Emas Menggunakan Teknik Ar-Rahnu

Assalammualaikum semua..

Pada entry ni Incek Pye ingin membawakan kaedah manipulasi emas dengan menggunakan teknik pajak ar-rahnu. Memandangkan purata kenaikan emas >10% (dalam 20%) setahun, teknik ini telah banyak digunapakai oleh para peminat emas. 2 kaedah biasa bagi teknik ini ialah:
1. Pajak emas fizikal - masukkan hasil pajak ke dalam akaun pelaburan emas e.g GIA (Public Bank), GSPA (Maybank) dsb.
2. Pajak emas fizikal - hasil pajak digunakan untuk beli lagi emas fizikal.

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK AKAUN EMAS

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan
semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2.

TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL

Teknik ini lebih menguntungkan :
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu.
Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya
Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil biasanya >100g)
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali).
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila
harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan
itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu.
Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.
Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.
*Credit to Muhammad Haziq for the above explanation.

Apakah teknik pajak-memajak ini merugikan pelabur? Sama-sama kita meneliti perkara ini.

1.Sesetengah peniaga emas menawarkan kaedah pembelian emas yang banyak yang dinamakan teknik 30-70. Pembeli mampu memiliki emas sebanyak 100g dengan hanya bermodalkan 30% dari harga semasa. Ini memudahkan pembeli memiliki emas yang banyak semasa harga masih murah (kerana harga emas sentiasa naik - simpan duit bulan2 dalam setahun pun tak tentu mampu capai harga 100g sekarang).
Contoh: Harga semasa emas 100g = RM14,500 tetapi pembeli cuma perlu beri RM4350 (30%) manakala baki 70% lagi dari pihak bank.
Jika teknik 2 di atas digunapakai, kita boleh bermula dengan gram yang kecil manakala emas terakhir kita gunakan gram yang besar dengan membeli dari teknik 30-70 ini.
2.Pelabur masih memiliki aset (wang fiat ~30-35% dari nilai emas yang disandarkan @ nilai marhun). Jika emas dilelong pun pelabur masih memiliki wang milik mereka andaikata mereka membeli emas melalui teknik 30-70. Dalam kes ini jika mereka membuat bayaran bulanan sedikit demi sedikit masih boleh mendapat lebih 50% nilai emas pajakan mereka.
3.Jika mereka memiliki banyak emas yang dipajak - sekiranya berlaku kenaikan harga emas (current price & marhun rates) mereka boleh buat overlap pajakan samada untuk menambah tempoh bulan & ambil baki duit overlap, atau baki duit overlap tersebut digunakan untuk menebus unit emas yang lain.

Apa2 pun anda dinasihati memajak ikut keperluan & kemampuan tebus semula emas yang dipajak. Buat pengiraan sendiri sebelum mempraktikkan teknik ini. Selamat melabur.. :)