Wednesday, June 1, 2011

Hentikan Rempit Arrahnu!

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Update ringkas dari Incek Pye setelah sekian lama tak update blog ini. Berdasarkan tajuk posting, Incek Pye dengan ini ingin menarik balik posting berkenaan teknik manipulasi emas dengan menggunakan Ar-Rahnu. Ini kerana teknik 'rempit' di Ar-Rahnu sudah tidak praktikal lagi memandangkan terlalu banyak aktiviti belian 70-30 dari beberapa syarikat persendirian telah memaksa pihak2 bank menghentikan Ar-Rahnu emas jongkong/syiling berkuatkuasa serta-merta pada pertengahan bulan Mei 2011 baru2 ini.

Walaupun emas perhiasan masih boleh dibuat Ar-Rahnu, namun Incek Pye tidak yakin keberterusannya pada masa akan datang kerana bank2 berpotensi gulung tikar jika keadaan yang sama berlaku seperti semasa pajakan emas jongkong/syiling dibolehkan pada sebelum ini.

Apapun Incek Pye berharap para pemilik/pelabur emas tidak gusar terhadap perkara tersebut kerana kekayaan kalian tidak lesap jika ketul2 emas berada di dalam tangan kalian. Sebaliknya berusahalah untuk menebus emas2 yang berada di bank selagi termampu kerana harta terletak pada sesuatu yang nyata dan boleh dipegang, bukannya nombor2 di atas wang kertas atau di buku akaun.