Thursday, February 3, 2011

Salam Emas~

Assalammualaikum semua..

Thanks kerana sudi singgah di blog Incek Pye ni. Kesemua yang diblogkan di sini adalah lebih kepada tawaran berkaitan emas dan mungkin perak buat sedikit masa lagi.

Berdasarkan kesedaran untuk menyimpan demi masa depan, Incek Pye telah mencari2 pelbagai alternatif selain simpanan duit seperti biasa di bank dan ASB. Tidak dinafikan Incek Pye pernah melibatkan diri dalam unit trust, forex, malah pelaburan high profit yang berakhir dengan diserbu pihak Bank Negara. Setelah melihat dalam jangka masa long term, disokong dengan Hadis serta beberapa pendapat rakan2, Incek Pye tersedar bahawa emas adalah pelaburan yang terbaik.

Kelebihan emas yang ketara sekali ialah kalis inflasi, di mana jika berlaku keadaan huru-hara di bumi ini, emas masih mengekalkan nilainya yang intrinsik. Lebih2 lagi penggunaan duit kertas yang kita pakai selama ini akan mudah berakhir jika kerajaan yang menjamin nilainya jatuh, seperti yang berlaku semasa zaman penjajahan Jepun di tanahair kita. Penggunaan duit pisang menyebabkan matawang penduduk tempatan tidak laku lagi. Bahkan selepas Jepun berundur, duit pisang tersebut juga tiada lagi nilainya kerana bertukar kepada matawang yang lain.

Oleh itu, Incek Pye harap kalian yang singgah di blog ini sedar akan hakikat ini selain mencari peluang mempelbagaikan emas sebagai simpanan. Sekian.

No comments:

Post a Comment