Wednesday, February 9, 2011

Sedarkah anda telah dirompak?

Orang pada zaman ibubapa atuk nenek kita dulu kala ke sekolah hanya bawa 20 sen sahaja sebagai duit belanja. Siap ada balance utk dimasukkan ke tabung buluh lagi sebab jumlah itu sudah cukup untuk belanja makan lebih dari sehari. Berbanding dengan zaman sekarang, apalah sangat kita dapat beli dengan 20 sen? Segelas air kosong? 4 biji gula2?

Inilah fakta yang tidak dapat disangkal kebenarannya. Keadaan ini adalah kerana berlakunya inflasi. Secara asasnya, inflasi adalah suatu proses peningkatan harga barang, jualan atau perkhidmatan secara umum dan terus-menerus di pasaran yang disebabkan oleh berbagai faktor. Apabila inflasi berlaku, kuasa membeli pada RM yang kita ada akan menjadi semakin hari semakin mengecil dan berkurang. Inilah dia rompakan telah berlaku ke atas anda tanpa anda sedari.

Contoh mudah: katakanlah atuk anda membeli sejumlah ternakan kambing 10 ekor berjumlah RM1,000 pada zaman mudanya. Adakah anda boleh membeli bilangan tersebut pada harga itu zaman kini? TIDAK. Paling banyak anda boleh dapat mungkin dalam 3 ekor. Kuasa membeli pada harga RM1,000 telah berkurang. Analoginya jika perkara ini berlaku pada zaman si atuk, bermakna kambing anda telah dirompak sebanyak 7 ekor!

Sesungguhnya kenaikan harga barang atau perkhidmatan bukanlah sesuatu yang berlaku atas sebab taraf hidup kita semua semakin meningkat tetapi ianya adalah inflasi yang telah berlarutan sejak beberapa dekad yang lepas. Dan inflasi akan terus berlaku seperti biasa dari semasa ke semasa. Cuma bezanya, ianya berlaku dengan semakin pantas dan menyeluruh pada masa kini dan akan berganda dengan lebih cepat pada masa hadapan.

Keadaan inflasi ini sedikit sebanyak menjelaskan penggunaan matawang yang digunapakai pada zaman ini menjerut rakyat di semua negara di dunia. Apa tidaknya, golongan makan gaji bekerja siang malam untuk menyara keluarga demi mendapatkan duit yang pada tempoh jangka panjang tidak setanding pun dengan keringat yang dicurahkan. Tambahan pula jika dibebani dengan hutang bank dan lain-lain, hidup bagaikan bekerja untuk membayar hutang sahaja. Jangan dilupakan, kerana banklah ramai yang muflis.

Sebut tentang bank, Incek Pye ingin berkongsi cerita tentang seorang rakan ini. Beliau mempunyai akaun online banking di mana baki duit dalam akaun tersebut boleh tahan banyak jumlahnya. Nak dijadikan cerita, suatu hari beliau terpedaya dengan email phishing (web tipu yang mirip dengan online banking tu). Semuanya berlaku tak sampai sejam, sejumlah angka telah dipindah keluar ke satu akaun lain bank itu sebaik selepas beliau menghantar butiran 'update bank information'. Walaupun beliau menerima sms transfer fund dan telah menghubungi talian pengesahan, namun operator bank tersebut menyatakan pihak bank tidak mampu berbuat apa2. Bukankah ini seperti rompakan kali kedua? Apakah jaminan pihak bank atau pihak berkuasa yang duitnya akan dikembalikan kalaupun penjenayah itu berjaya diberkas?

Incek Pye bukan mahu mencari kelemahan institusi bank tetapi haruslah kita selalu beringat kerana banklah tercetusnya penyebaran konsep wang kertas dan elektronik. Tidak perlu dihuraikan sejarah perbankan di sini kerana Incek Pye tahu ramai yang menyedari penipuan disebalik penggunaan matawang kertas yang telah merompak hasil keringat seluruh manusia melalui pinjaman2 yang tidak bersandarkan kepada apa2 yang bernilai pun!

Diharapkan para pembaca menyedari apa yang ingin disampaikan di sini. Apa yang Incek Pye coretkan hanyalah sebahagian dari kesedaran yang dimiliki. Terpulang pada kalian untuk explore lebih jauh apakah benar tulisan di sini. Sekian.

No comments:

Post a Comment