Saturday, April 7, 2012

7 JANGAN dalam simpanan emas

Perkongsian info...


Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya.


1.Jangan malas

Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas,jenis-jenis emas,produk yang ada di pasaran,dan banyak lagi yang perlu anda ketahui. Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.

Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya. Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada. Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen. Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.

Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM, oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya. Syarikat yang dimaksudkan ialah G****va, jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih sebenarnya. Dan yang terkini, scam yang sedang mengganas ialah B****ck Corp yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.

Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda. Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.

Tambah ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet.

2.Jangan Ar rahnu sebarangan


Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini. Peranan Arrahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan, bukan kepada mereka yang tamak. Siapakah yang tamak?

Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70. Contoh seperti ini:

Katakan emas 999 100g berharga RM10k, pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di Arrahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga. Urusan dengan peniaga sudah selesai, dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini. Apa cerita dengan pembeli? Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini, dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual. Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam Arrahnu dengan harga yang rendah. Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli, kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain

Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak. Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah S*****i E***s. Paling menyedihkan, mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.

Sistem ini salah di sisi agama. Awas jika anda terlibat. Arrahnu BUKAN perniagaan!

Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi. Tambahlah emas anda mengikut kemampuan, bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.

Arrahnu bukan perniagaan dan jangan salah gunakannya

3.Jangan jual emas anda

Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi (beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah anda beli emas? Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti. Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :

1.Rumah

2.Hartanah
3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas)
4. Modal bisnes
5.Keperluan atau terdesak

Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi, belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu. Kecuali jika anda mahir membaca pergerakan harga emas, anda boleh menjual semasa harga tinggi dan menyimpan wang tersebut, sehinggalah harga emas agak turun sedikit anda beli semula. Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih. Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas, tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk cara ini tidak bersesuaian dengan anda. Sebaliknya, anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,nsebagai contoh setiap kali musim perayaan harga emas akan menjunam sedikit :)

4.Jangan simpan banyak wang kertas

Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas, sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai. Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita. Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.

Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar, bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.

5.Jangan tunggu

Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya, memang betul emas mahal, hampir setiap tahun orang kata emas mahal.. Jadi masa bila emas murah?

Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal, RM38/gram pun orang kata mahal, RM90/gram pun orang kata mahal, sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal. Jawapannya, tahun demi tahun harga emas makin mahal. Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM140/gram, sekarang dah RM200/gram. Ini baru simpan sahaja dah untung, kalau yang meniaga macam mana? Lagi untung!

6.Jangan tolak

Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini. Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita. Saya dah bermula, anda bila lagi?

Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan di Facebook iaitu Dinihari Dinar, Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD. Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini. Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya.

Sokonglah matawang sunnah Islam.

7.Jangan pentingkan diri sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang celik emas, janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain. Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar dan dirham. Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza, contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat (jual-beli), boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.

Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas. Memang ada yang tidak boleh terima terus, gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya. Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet.

Thursday, December 22, 2011

Harga emas perak jatuh!

Oh! Apa dah jadi pada harga emas & perak kebelakangan ni? Perkara ini memang sudah dijangkakan berlaku kerana menjelang perayaan Tahun Baru Cina harga emas perak merundum, seperti yang telah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini di mana history menunjukkan penurunan ketara dalam tempoh 2-3 bulan sebelum musim perayaan tersebut.

Ha, apa lagi yang kita tunggu? Inilah sebenarnya waktu yang paling sesuai untuk membeli dan menambah koleksi emas perak! Bagi kaki rempit, memang tak sah kalau anda tak melepaskan peluang ni. Manakan tidak, kalau harga belian sekarang cuma RM187/gram modal anda untuk bermula dengan 10g tak sampai pun RM2000. Kadar marhun di arrahnu dalam tempoh 6 bulan kemudian confirm akan melonjak ke paras tertinggi yang baru dalam tahun 2012 yang akan datang. Tak payah tunggu sampai hujung tahun pun dah boleh cover upah simpan, di samping anda akan dapat baki duit (kalau pajak tak tebuslah!).

Bagi peminat perak, berita baik untuk anda. Selagi harga perak masih di bawah USD30/auns anda berpeluang untuk mendapatkan harga seauns* perak pada harga semurah RM130 seauns berbanding 3-4 bulan lepas iaitu RM160 seauns! Nantikan jualan saya di laman JUALAN :)
*1auns atau 1oz di sini bermaksud troy ounce iaitu bersamaan dengan 31.1gram.

Wednesday, September 21, 2011

Hutang Negara US

Hutang USA dalam ukuran realiti manusia. Artikel ini adalah berikutan dari artikel sebelum ini.
Sila hayati turutan gambar di bawah dan fikirkan apa kesan jika hutang US ini berlarutan.

 Ini USD 100.

 USD 10,000 - Lebih kurang purata setahun per kapita penduduk dunia..

 USD 1juta - Jumlah pendapatan purata per kapita penduduk dunia selama 92 tahun..

 Ini USD 100juta

 ..dan ini USD 1bilion.

    Ini USD 1trilion..Perhatikan bandingan terhadap lori kontena, padang futbol & Boeing 747-400 yang merupakan pesawat terbesar di dunia.

Bila pemerintah USA bercakap tentang defisit USD 1.7trilion, lebih kurang beginilah jumlah tunai yang telah dipinjam oleh pemerintah US untuk menampung kos pentadbirannya pada 2010.
* Jika anda belanjakan USD 1juta sehari sejak tahun Masihi (tahun 1 ye, bukan tahun 1900!), sampai ke hari ini pun jumlah perbelanjaan anda belum mencecah USD 1trilion. Hanya USD 700bilion lebih sahaja. Inilah jumlah yang sama bank2 Amerika dapat sewaktu pakej bailout yang telah diluluskan oleh Senat US.

 USD 15trilion!
Jika pemerintah USA tidak menyelaraskan bajet mereka, hutang negara US akan melepasi paras USD 15trilion menjelang Krismas 2011.
* Terkini hutang USA telah melebihi 20% dari jumlah KDNK seluruh dunia. Pada 2011 hutang kebangsaan akan melebihi 100% GDP dan nisbah KDNK:GDP melebihi 100% akan menyamai negara PIIGS (negara bankrup) di Kesatuan Eropah (EU).

 USD 114.5trilion!! - Liabiliti tanpa pembiayaan oleh US (US Unfunded Liability)
*Bahagian asas adalah setengah trilion, bukan 1 trilion seperti di imej 15 trilion. Ini hanya bagi memperlihatkan bahagian asas bangunan Empire State & WTC lebih jelas.

Ya, yang tinggi itu USD 114.5trilion! Itulah jumlah wang yang pemerintah US tahu mereka tidak punyai untuk membiayai sistem kesihatan awam, bekalan ubatan awam, jaminan sosial (seperti KWSP), tentera, dan pencen perkhidmatan awam. Ia adalah jumlah wang yang US tahu ia tidak akan perlu bayar.

Mahu menetap di USA? Fikir semula. Jika anda tinggal di sana, hutang di atas adalah termasuk hutang kad kredit anda. Anda bersama yang lain bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang ini. Adalah amat tidak wajar bagi kerajaan yang dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat melakukan perkara sebegini terhadap mereka.